1.
Doa perempuan lebih makbul daripada
lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika
ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab Baginda SAW, "Ibu
lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan
sia-sia".
2.
Apabila seseorang perempuan
mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.
Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3.
Apabila seseorang perempuan mulai
sakit hendak bersalin, maka Allah SWTmencatatkan baginya pahala orang yang
berjihad pada jalan Allah SWT.
4.
Apabila seseorang perempuan
melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya
melahirkannya.
5.
Apabila telah lahir anak lalu
disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu
kebajikan.
6.
Apabila semalaman ibu tidak tidur
dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti
memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
7.
Barangsiapa yang menggembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan
Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT, akan diharamkan api neraka ke atas
tubuhnya.
8.
Barangsiapa membawa hadiah, (barang
makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail.
9.
Tiap perempuan yang menolong
suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga
lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10.
Perempuan apabila sembahyang lima
waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki. ( Sumber : Buletin
Uswah No. 45 / IV / 2009 )

Tidak ada komentar:
Posting Komentar